Melayu, secara lazimnya, lebih cenderung untuk memilih tinggal di rumah "landed". Oleh kerana menginginkan rumah yang besar dan perkarangan yang luas, orang Melayu sanggup tinggal berjauhan dari tempat kerja. Apabila kita tinggal berjauhan dari city centre, banyak kos yang perlu diambilkira: tol, minyak, maintenance kereta, parking dan yang paling utama, masa. Kita sebenarnya sacrifice masa demi mendapatkan rumah idaman.
Semestinya tidak salah untuk memilih rumah "landed", kita semua ada impian masing-masing. Jika mampu dan sesuai untuk keperluan diri dan keluarga, pilihlah rumah "landed" di mana saja yang berkenan.
Tetapi, sebelum kita assume rumah "landed" adalah yang terbaik untuk semua orang, cuba consider dahulu kondominium atau apartment, terutamanya serviced apartment. Rumah atas angin, kata orang, boleh offer pelbagai kelebihan yang rumah "landed" mungkin tidak dapat berikan.
1. Keselamatan @ Security
Serviced apartments dilengkapkan dengan perkhidmatan security guards, surveillance camera dan pintu masuk/keluar yang di-"jaga" 24/7. Di dalam unit apartment juga selalunya ada intercom di mana kita boleh berkomunikasi direct dengan security guards. Pintu lift juga memerlukan access card yang dikhaskan untuk tuan rumah. Kemudahansecurity system di apartment membuatkan kita rasa lebih selamat. Berbanding dengan rumah "landed", kita hanya bergantung pada diri sendiri. Jika terdengar cerita jiran sebelah dirompak, mesti rasa takut dan cemas, risau mungkin giliran rumah kita seterusnya. Tidak dinafikan apartment juga boleh dimasuki pencuri, tetapi kawalan keselamatan sepanjang masa membuatkan kita rasa lebih tenang dan dapat tidur dengan lebih nyenyak. Apatah lagi dengan surveillance camera di merata-rata tempat, sukar untuk seseorang masuk dan keluar tanpa "ditangkap" oleh kamera. Ditambah dengangrill dan padlock di rumah, pasti akan rasa lebih secured.
2. Kemudahan Fasiliti
Selalunya bila masuk musim cuti sekolah, banyak keluarga mengambil peluang untuk bercuti. Hotel yang mempunyai swimming pool menjadi pilihan kerana kanak-kanak sememangnya seronok bermain air. Inilah menjadi satu lagi advantage tinggal di serviced apartment - swimming pool dapat digunakan setiap hari, tidak kira cuti sekolah atau tidak, hari bekerja atau weekend. Bukankah lebih mudah untuk mengajar anak-anak berenang apabila swimming pool di depan mata? Bayangkan, apabila pulang ke rumah selepas penat bekerja, dapat terjun ke dalam pool dan hilang semua stress sepanjang di office - nikmat! Jika anda bukan jenis yang suka berenang, tak mengapa! Selalunya, mesti ada on-site gym yang berkelengkapan penuh - tak perlu bayar lebih untuk gym membership! Sekarang, developers berlumba-lumba untuk menambah bilangan dan kualiti fasiliti yang disediakan - bukan sahaja gym and swimming pool yang ada, bahkan ada steam bath dan sauna, padang futsal, jogging track, badminton atau tennis court,basketball court, padang permainan kanak-kanak, taska dan lain-lain. Serviced apartment membolehkan kita hidup dengan lifestyle yang sesuai dengan minat masing-masing; samada bersukan, ber-riadah dan melakukan aktiviti sihat dalam compoundyang selamat.
3. Kehidupan "Low Profile"
Satu "kekurangan" apartment ialah kita tidak dapat merekabentuk dan menghiasi luaran rumah. Rumah "landed" mudah untuk direkabentuk dan mestilah bangga bila rumah nampak grand!Tambahkan lagi dengan dua-tiga buah kereta mahal di hadapan rumah; memang jelas tuan rumahnya "berduit"! Namun, bagi saya, "kelemahan" apartment bab itu dilihatkan sebagai satu "kelebihan". Sukar untuk jiran-jiran di apartment melihat perhiasan dalaman rumah kita atau mengetahui brand kereta apa yang dibawa. Jadi, kita dapat mengelakkan atau at least, mengurangkan menarik ain atau hasad dengki dari orang sekeliling. Kehidupan low profile lebih tenang. Kerana luaran rumah semuanya sama dan kereta ditinggalkan di parking site, sukar untuk membuat perbandingan kekayaan antara satu sama lain dan ini juga mengelakkan kita daripada berasa riak atau terlalu rendah diri. Jadi, bila kita menghiasi rumah kita, atau menukar kereta baru, kita lakukan untuk diri kita, bukan untuk show-off kepada jiran sekeliling.
Banyak lagi sebenarnya kelebihan hidup di apartment. Tak dinafikan ada kekurangannya juga. Tetapi, di sini, saya hanya mahu anda consider apartment dalam pemilihan tempat tinggal, dan realize rumah "landed" juga tidaklah sempurna dari semua aspek.
Ulasan
Catat Ulasan