Langkau ke kandungan utama

5 Tips Kahwin Simple & Budget Kecil a.k.a "Small Wedding"

Ramai yang meletakkan "high expectations" pada hari perkahwinan dengan alasan "It's once in a lifetime." Memang la betul hari perkahwinan is ONCE in a lifetime, tetapi perkahwinan is a LIFETIME! Jadi, kita patut lebih realistic dengan pertimbangan kita tentang betapa pentingnya wedding itu berbanding dengan hari-hari selepas berkahwin. 

Saya berkahwin kira-kira satu tahun lepas dan saya rasa sangat lega yang kami sekeluarga (saya dan ibu bapa) tidak membelanjakan lebih daripada RM 22,000. Pihak suami saya juga tidak membelanjakan lebih daripada jumlah yang sama.

Berikut adalah tips-tips untuk anda yang inginkan perkara yang sama: perkahwinan yang simple

1. Semuanya bermula dengan niat 
Bagi pendapat saya, niat untuk mengadakan perkahwinan kena betul. Jika niat kita memang ikhlas dan jujur hanya mahu bernikah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, in sha Allah, perkahwinan yang simple dan tidak membebankan dapat dikecapi. Kalau kita sedar yang kita hanya mahu bernikah, perkara selain itu tidak penting, kita tidak akan menginginkan perkara-perkara unnecessary. Kita mesti sedar yang hidup berumahtangga memerlukan banyak wang - move-in rumah baru, beli furniture dan sebagainya. Jika kita realize banyak wang yang perlu dibelanjakan selepas perkahwinan, secara automatik kita akan ikat perut untuk budget wedding

2. Mesti berani, tegas dan tidak hiraukan kata-kata orang 
Kalau kita nak lakukan perkara yang berbeza dengan cara kebanyakan orang, mesti ramai yang tidak suka atau tidak setuju, terutamanya saudara-mara atau pihak in-laws. Jadi, kita mestilah bersikap tegas dan boleh mempertahankan keputusan kita. Kita tidak boleh terasa hati dengan komen orang lain.  Tidak kira apa orang lain cakap, kita tahu apa priority kita dan kenapa kita memilih untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, saya mengambil keputusan untuk tidak ada barang hantaran langsung. Memang pihak in-laws mulanya tidak setuju, tetapi saya tetap tegas dengan pendirian saya. Bagi saya, kenapa saya nak menunjuk-nunjuk barangan branded sebagai hantaran? Tidak ada faedahnya. Barang hantaran juga akan menaikkan cost perkahwinan dalam angka ribuan. Membuang duit saja. 

3. Buat yang wajib saja
Untuk pernikahan yang sah, adat turun-temurun seperti merisik, bertunang, hantaran dan selainnya tidak perlu. Yang perlu hanyalah akad nikah, duit mahar dan walimatul urus - itupun boleh digabungkan. Kita boleh adakan walimatul urus selepas akad nikah tanpa perlu menukar baju atau menukar venue. Pengalaman saya; kami adakan akad nikah di venue hall dengan mengajak uztaz datang ke venue dan setelah selesai saja nikah, semua hadirin-hadirat dijemput makan di venue hall yang sama. Cara ini bukan saja menjimatkan wang, bahkan masa. Dalam masa setengah hari saja, saya selesai di-ijab qabulkan dan walimatul-urus/reception pun selesai pada jam 3 petang. 

4. Beli baju siap
Sejak berkahwin setahun lalu, saya tak pernah memakai semula wedding dress saya. Ianya terletak kemas di dalam almari. Tapi saya tidak menyesal kerana saya hanya membelanjakan RM 200 untuk baju kurung putih bersulam itu. Yang lebih mahal adalah veil saya yang berharga RM 400. Kasut pula tidak lebih RM 150. Kalau di-totalkan, seluruh outfit saya tidak melebihi RM 1,000! Tetapi disebabkan ibu saya pandai memilih pemakaian untuk saya, baju perkahwinan saya nampak jauh lebih mahal dan esklusif. Untuk reception belah lelaki, baju saya berharga RM 400, kasut RM 300 dan rantai dalam RM 200; total RM 900! Ini pun saya dapat banyak compliments sehingga hari ini!  Tidak perlulah berbelanja sampai RM 3,000 untuk sehelai baju sahaja, tak tambah lagi veil, kasut, perkakas lain dan baju untuk pelbagai reception. In the end, kita tidak akan memakai semula baju tersebut. Percayalah. 

5. Pilih package perkahwinan lengkap
Kalau nak kahwin murah, mesti lepaskan high expectations. Wedding planners yang menawarkan pakej perkahwinan selalunya lebih murah tetapi kita tidak pasti samada mereka boleh deliver dengan kualiti yang tinggi. Kira risiko lebih tinggi sebab kita serahkan semuanya pada mereka: catering, kek kahwin, door gift, pelamin, kerusi-meja. Back to tip #1, semuanya bergantung kepada niat. Jika niat memang nak bernikah, apa yang berlaku selainnya tidak penting. Kita pasti happy dan lega, walaupun geram dan marah tidak mendapat servis yang berkualiti daripada wedding planner. Berdasarkan pengalaman saya, memang pakej perkahwinan sangat bergantung pada luck. Maklumlah wedding industry ni bukannya mengharapkan repeat customer!

6. Invite keluarga terdekat saja
Reception ni yang buat mahal ialah kerana kita orang Melayu suka invite satu kampung! Mungkin orang lain hidup lebih bermasyarakat daripada saya. In my case, kami hanya invite keluarga terdekat saja. Jadi, guests kami untuk gabungan nikah + reception itu tidak melebihi 300 orang. Bila guests sedikit, lagi senang nak control budget. Boleh la order extra food seperti satay, kuih-muih. Kalau guests dah dekat 1,000, budget senang nak meletup! Bagi pendapat saya, lebih mudah apabila kita jemput keluarga terdekat saja : senang nak explain kat orang lain yang tak dijemput: "Maaf, wedding kecik aje. Close family je ade." 

Bagi anda yang berprinsip seperti saya, saya harap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam merancang perkahwinan yang sesuai dengan priorities anda. Akhirnya, jangan ingat kahwin dengan budget kecil mesti nampak murah dan cikai. Tak semestinya - wedding yang mahal pun boleh nampak murah kalau tak bijak memilih. Sama jugak dengan wedding dengan budget kecil - kalau kita bijak memilih, boleh nampak eksklusif - in sha Allah. Jadi, fikir dan pilihlah dengan bijak. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 Sebab Kenapa Anda Patut "Consider" Tinggal Di Serviced Apartment Berbanding Rumah "Landed"

Melayu, secara lazimnya, lebih cenderung untuk memilih tinggal di rumah "landed". Oleh kerana menginginkan rumah yang besar dan perkarangan yang luas, orang Melayu sanggup tinggal berjauhan dari tempat kerja. Apabila kita tinggal berjauhan dari  city centre,  banyak kos yang perlu diambilkira: tol, minyak,  maintenance  kereta,  pa rking  dan yang paling utama, masa. Kita sebenarnya  sacrifice  masa demi mendapatkan rumah idaman.  Semestinya tidak salah untuk memilih rumah "landed", kita semua ada impian masing-masing. Jika mampu dan sesuai untuk keperluan diri dan keluarga, pilihlah rumah "landed" di mana saja yang berkenan.  Tetapi, sebelum kita  assume  rumah "landed" adalah yang terbaik untuk semua orang, cuba  consider   dahulu kondominium atau apartment, terutamanya  serviced apartment . Rumah atas angin, kata orang, boleh  offer  pelbagai kelebihan yang rumah "landed" mungkin tidak da...

3 Sebab Mengapa Ara Damansara Lokasi Strategik untuk "Own Stay" & "Property Investment"

Jika anda menuju ke Lapangan Terbang Subang, pasti akan nampak di sebelah kanan, Citta Mall. Ha! Di situlah terletaknya Ara Damansara; area yang agak "glamour" kata orang, dan mungkin satu hari akan jadi alamat idaman ramai seperti TTDI.  Saya dan keluarga menetap di Ara Damansara sudah lebih 5 tahun. Memang banyak pembangunan dan perkembangan yang terjadi dalam masa yang singkat ini. Pada pendapat saya, area ini memang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal tetap atau pun sebagai "property investment" . Antara keistimewaan Ara Damansara adalah: 1. Ara Damansara mempunyai 2 stesyen LRT : Ara Damansara dan Lembah Subang   Kedua-dua stesyen LRT ini tidak lebih dari 5-10 minit dari mana-mana "point" di kawasan Ara Damansara. Area ini kecil sahaja. Namun, walaupun kecil tetap ada DUA stesyen LRT! . Bagi yang bekerja di Kuala Lumpur, terutamanya di area KLCC atau KL Sentral, memang sangat mudah untuk pergi kerja - hanya naik LRT dan  straight sampai KL...