Langkau ke kandungan utama

3 Sebab Mengapa Ara Damansara Lokasi Strategik untuk "Own Stay" & "Property Investment"

Jika anda menuju ke Lapangan Terbang Subang, pasti akan nampak di sebelah kanan, Citta Mall. Ha! Di situlah terletaknya Ara Damansara; area yang agak "glamour" kata orang, dan mungkin satu hari akan jadi alamat idaman ramai seperti TTDI. 

Saya dan keluarga menetap di Ara Damansara sudah lebih 5 tahun. Memang banyak pembangunan dan perkembangan yang terjadi dalam masa yang singkat ini. Pada pendapat saya, area ini memang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal tetap atau pun sebagai "property investment". Antara keistimewaan Ara Damansara adalah:

1. Ara Damansara mempunyai 2 stesyen LRT : Ara Damansara dan Lembah Subang 
Kedua-dua stesyen LRT ini tidak lebih dari 5-10 minit dari mana-mana "point" di kawasan Ara Damansara. Area ini kecil sahaja. Namun, walaupun kecil tetap ada DUA stesyen LRT!.Bagi yang bekerja di Kuala Lumpur, terutamanya di area KLCC atau KL Sentral, memang sangat mudah untuk pergi kerja - hanya naik LRT dan straight sampai KLCC/KL Sentral dalam masa 30-35 minit sahaja! Jangkaan kami, apabila kerajaan memutuskan untuk tidak akan ada lagi parking untuk bangunan-bangunan baru di KL, maka, orang ramai akan terpaksa menggunakan sistem perhubungan awam seperti LRT, MRT dan bas. Jadi, area seperti Ara Damansara yang berdekatan dengan stesyen LRT akan menjadi rebutan orang ramai. Selain stesyen LRT, Ara Damansara juga termasuk route bas MRT dan berdekatan dengan Subang Airport. Semua ini menjadikan Ara Damansara area yang sangat accessible

2. Ara Damansara berdekatan established townships
Salah satu sebab mengapa Ara Damansara cepat berkembang adalah kerana ia berdekatan dengan kawasan-kawasan yang sudah lama dibangunkan. Contohnya, Bandar Utama, TTDI, Mutiara Damansara, Kota Damansara, Subang Jaya dan Tropicana. Kalau nak pergi makan dinner atau shopping, tak perlu drive lebih dari 15-20 minit. IKEA Damansara hanyalah 15 minit away. Begitu juga 1 Utama. Sama juga dengan Empire dan Subang Parade. Banyak tempat makan, major shopping malls dan juga hospitals berdekatan menjadikan tidak perlu drive jauh-jauh jika anda menetap di Ara Damansara. 

3. Ara Damansara adalah self-contained township
Beruntungnya sesiapa yang bekerja di Sime Darby office bertempat di Oasis Square, Ara Damansara dan menetap pula di sekitar Ara Damansara. Saya jealous! Ara Damansara lengkap dengan keperluan hidup keluarga. Terdapat banyak taska, tadika, sekolah harian dan international schools yang berkualiti dan price range mengikut kemampuan masing-masing. Kalau nak beli grocery, boleh pergi ke TESCO, atau Village Grocer di Citta Mall, juga Jaya Grocer di Evolve. Nak makan pun senang - banyak pilihan. Fast food terkenal seperti McDonald's, Nando's, Texas Chicken ada berdekatan. Gerai makanan Melayu juga ada beberapa dan sangat sedap! Saya selalu mengunjugi Restoran Ara Meranti, Restoran Enak di Evolve mall, atau Restoran D'Lembah berdekatan stesyen LRT Lembah Subang. Untuk kita orang Muslim, tinggal di Ara Damansara selalu didengarkan dengan laungan azan - samada dari surau atau dari Masjid Ara Damansara. Memang rasa bersyukur. Kalau tidak sihat, mudah nak cari klinik dan kalau perlu, hospital pun tidak jauh - Sime Darby Medical Centre Ara Damansara tak lebih 10 minit drive

Setelah tinggal beberapa tahun di Ara Damansara, memang rasanya tidak mahu berganjak. Bukan saja saya dan keluarga, malah ramai kenalan lain yang sudah menetap di Ara Damansara tidak mahu meniggalkannya walaupun harga rumah naik hampir 5 kali ganda! 

Jika anda memang tercari-cari lokasi untuk "own stay" atau "property investment" di kawasan Petaling Jaya dan berdekatan, memang tak rugi kalau anda ambil tahu lebih lanjut mengenai Ara Damansara. Oleh kerana kawasannya agak kecil, tidak banyak future developments lagi. Tapi sekarang, masih ada jualan apartment Sime Darby, Cantara Residences yang memang unik dan berlokasi sangat strategik. Try la tengok!




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 Sebab Kenapa Anda Patut "Consider" Tinggal Di Serviced Apartment Berbanding Rumah "Landed"

Melayu, secara lazimnya, lebih cenderung untuk memilih tinggal di rumah "landed". Oleh kerana menginginkan rumah yang besar dan perkarangan yang luas, orang Melayu sanggup tinggal berjauhan dari tempat kerja. Apabila kita tinggal berjauhan dari  city centre,  banyak kos yang perlu diambilkira: tol, minyak,  maintenance  kereta,  pa rking  dan yang paling utama, masa. Kita sebenarnya  sacrifice  masa demi mendapatkan rumah idaman.  Semestinya tidak salah untuk memilih rumah "landed", kita semua ada impian masing-masing. Jika mampu dan sesuai untuk keperluan diri dan keluarga, pilihlah rumah "landed" di mana saja yang berkenan.  Tetapi, sebelum kita  assume  rumah "landed" adalah yang terbaik untuk semua orang, cuba  consider   dahulu kondominium atau apartment, terutamanya  serviced apartment . Rumah atas angin, kata orang, boleh  offer  pelbagai kelebihan yang rumah "landed" mungkin tidak da...

5 Tips Kahwin Simple & Budget Kecil a.k.a "Small Wedding"

Ramai yang meletakkan "high expectations" pada hari perkahwinan dengan alasan " It's once in a lifetime." Memang la betul hari perkahwinan is ONCE in a lifetime, tetapi perkahwinan is a LIFETIME! Jadi, kita patut lebih realistic dengan pertimbangan kita tentang betapa pentingnya wedding itu berbanding dengan hari-hari selepas berkahwin.  Saya berkahwin kira-kira satu tahun lepas dan saya rasa sangat lega yang kami sekeluarga (saya dan ibu bapa) tidak membelanjakan lebih daripada RM 22,000. Pihak suami saya juga tidak membelanjakan lebih daripada jumlah yang sama. Berikut adalah tips-tips untuk anda yang inginkan perkara yang sama: perkahwinan yang simple .  1. Semuanya bermula dengan niat  Bagi pendapat saya, niat untuk mengadakan perkahwinan kena betul. Jika niat kita memang ikhlas dan jujur hanya mahu bernikah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, in sha Allah, perkahwinan yang simple dan tidak membebankan dapat dikecapi. Kalau kita sedar yang kita ...